Pages

Saturday, March 26, 2011

*)): Malang Tidak Berbau :((*

Malang memang tidak berbau..
Apa yang tidak pernah disangka..
Akhirnya menjadi nyata...

Awal pagi 25 Mac 2011
Lebih kurang 0300hrs..
Rumah aku dipecah masuk..

Ceritanya begini..
Rumah sewa tu didiami oleh kami berTUJUH
tapi malam itu..(24 Mac 2011),
hanya tinggal aku,Nisa dan Amie..
Empat lagi ade program di luar..

Malam itu hujan sangat lebat
Kilat memancar mancar
Guruh dan petir saling bertingkah
menakutkan lagi kami bertiga..

Malam itu malam minggu
jadi kami bertiga bercadang ingin merehat rehatkan badan..
tidur awal daripada kebiasaan nya..
0000hrs (12 tgh mlm) lampu sudah dimatikan..
Kebiasaannya kami hanya akan tidur jam 2 atau 3 pagi..

Malam itu semua lampu dimatikan kecuali lampu bilikku..
Dipasang bagi mendapatkan sedikit cahaya yang suram di ruang tamu..

Kebiasaannya juga aku tidur seorang diri dalam bilik,
Tapi malam itu,oleh kerana hanya tinggal kami bertiga dan hujan lebat yang menakutkan,
Aku lena di ruang tamu bersama 2 lagi housemate ku..

Sebelum tidur setelah lampu bilikku dipasang,
Pintu bilik tidak ditutup rapat
bagi memberi ruang untuk cahaya malap keluar ke ruang tamu tempat tidur kami bertiga..

Dan seperti kebiasaan bagi pelajar seperti kami
Pasti akan menggunakan laptop untuk menyiapkan segala tugasan..
Malam itu laptop aku di atas meja jepun,
Laptop 2 lagi masing masing di atas kepala mereka..
Handphone masing2 ada di sebelah..
Biasa lah kan,handphone must la ade dekat2 dengan kita...
Nak mesej ke nk call ke set alarm ke...

Jam 2 pagi.. 0200hrs (25 Mac 2011)
Aku terjaga..
Handphone ku berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk..
(My Khairi call)..
Setelah selesai,,aku menyambung tidur seperti biasa..
Keadaan di rumah masih sama dan masih aman seperti sebelumnya..

..
...
....
.....
......

Jam 6.50pagi..0650hrs..
2 Housemate ku bising2
Handphone mereka tiada di tempat tidur..Fikirku ade la handphone tuh kat bawah bantal ke bawah toto ke..
Takkan lah lesap tiba tiba pikir ku...

Belum sempat aku memikirkan hal itu lebih jauh...
Satu lagi kejutan dari housemate ku..
Purse kedua dua nya LESAP!
Takkan lah angin yang bawak purse2 tuh pergi kan?MUSTAHIL bukan?

Yang paling mengejutkan..
apa yang sepatutnya ada di depan mata kami bertiga juga TIADA di tempatnya..
LAPTOP!
Ketiga tiga laptop turut lesap!
Memang sah..SAH kaw kaw punya kena kebas!

paling aku terkilan,
kamera sony cybershot aku!baru je beli..hilang jugak :(((

Tapi..
apa yang peliknya..
Gate masih berantai dan bermangga!
Pintu langsung tidak terusik..tidak ada kesan diumpil! 

Kemudian beralih ke dalam bilikku yang lampu nya masih belum dimatikan..
Keadaannya masih biasa..
Kedudukan segalanya masih di tempat asal..
Tidak ada kesan diselongkar..ataupun barang disselerakkan..

Tapi...
Apabila langsir diselak..
Nyata ia amat mengejutkan kami bertiga..

4 cermin ditanggalkan..
Besi dibengkokkan!
'amat indah' sekali pemandangannya!
Purse dan segala isi dalamnya berselerakan di tingkap..
Wang tunai tiada sesen pun di dalamnya...

Kami syak budak sekolah rendah atau tadika yang masuk ke rumah kami berdasarkan jarak besi yang dibengkokkan itu teramat sempit..
hanya muat untuk kanak kanak seusia 5-8 tahun..

(Entah mengapa kami langsung tidak sedar dan lena dibuai mimpi ketika si pencuri itu memecah masuk rumah kami)

Andai telahan kami benar..

Apa jenis manusia yang bawak budak kecik tuh  semata mata untuk mencuri?
tidak ada ajaran yang baikkah untuk diajar kepada budak tu?
Masih kecik tapi sudah diajar mencuri...
MASYAALLAH...

Secepat mungkin kami bertiga bersiap siap ke Balai Polis Gong Badak untuk membuat laporan berhubung kes berkenaan..
Dinyatakan segala apa yang hilang:
3 buah laptop (2 Acer dan 1 Dell)
3 buah handphone (1 Sony Ericsson dan 2 Nokia)
1 kamera digital Sony Cybershot
Wang tunai 


Kerugian kami dianggarkan berjumlah 4k++

Sangat perit dirasakan apabila kesemua barang berharga lesap begitu sahaja ...


Inilah model laptop ku yang hilang :ACER ASPIRE 4935
Abadilah dalam kenanganku :(

dan ini pula model kamera digital ku yang hilang dicuri..
sedih sangat sangat mengigatkan kejadian itu :(((


Setelah laporan selesai,
kami kembali ke rumah
Meninjau kawasan belakang rumah di mana kejadian itu berlaku..

Rupanya si pencuri itu datang dari arah belakang
Dari rumah rumah penduduk kampung sekitar itu

Kelihatannya target pertama pencuri itu adalah rumah teres yang bersebelahan..
berdasarkan kesan cermin tingkap yang seakan akan hendak ditanggalkan dan kesan tapak kaki yang agak banyak di luar bilik berkenaan...

Mungkin kerana agak susah untuk memecah masuk rumah berkenaan yang kelihatannya ada almari yang menutupi tingkap dari dalam...
jadi bilikku menjadi target seterusnya..
YA ALLAH!Dugaan di pagi Jumaat yang permai..

Kemudian tengah hari itu
pihak polis tiba untuk mengambil gambar tempat kejadian...
Mungkin usaha pihak polis agak lambat untuk menemui jalan penyelesaiannya atau mungkin juga tidak akan berhasil..
kerana liciknya si pencuri itu..
Tetapi kami semua berdoa dan berharap agar satu hari nanti  si pencuri itu akan sedar dan insaf atas segala perbuatan mereka yang telah menyusahkan hidup orang lain...

YA WAJIDU AUJID MAA DHAA'A ANNA
(YA TUHAN YANG MAHA MENEMUKAN,KETEMUKANLAH BARANG YANG HILANG DARI KAMI)
Amin amin amin...

Wednesday, March 23, 2011

Ingat Aku Banyak Duit ke Nak Ganti Baru?

adoi adoi adoi...
sedeh :(
sakit ati @#$%^&!
geram @)

bleh plak nset aku rosak time2 kecederaan gini....
sakit jiwa la weh!
dah la janji ngn ridhwan nak amek notes..
tiba tiba......
bila nak cOl die,,nset bengong ni plak rosak!
mmg sje je cri pasal enn??
kesian ridhwan
must die tggu aku col
sori sgt2 ridhwan.......

sO sekarang dan hari hari seterusnya..
aku cuma nak cakap
PADAN MUKA kat aku!
sebab ape?
nk msg kawan xleh
nk msg nk col krie lg xleh!
:(

*abg,maaf x dpt msg abg :(


Tuesday, March 22, 2011

Sangat stress
dan Tensenn
tekanan perasaan tahap GABAN!

tenet ni gila pa?
asek asek disKONEK jeh!
klo btol tenet ni ade konek,,akan ku ✄ ✂ ✁ !! huhhh!
mmg patot lah aku panggil BEROKband..
haih...tekanan sungguh la  hex☹X

nak uplOd gmbo kt FB pon jemm
macam la ade byk sgt polis trafik kt F B tuu enn?

lps tuh nk uplod video kt belOg gila nih
pOn bentaT!!
Arrhhh SAKIT OTAK gini.. :\ 

lepas publish post ni
agak agak aku dah
bleh tido lena kot..
harap harap aman la dunia sebentar..
✺✺✺

Saturday, March 19, 2011

Membeli Cinta

Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia Mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal-begitu dungu, hingga orang-orang menyebutnya si bodoh.

Suatu hari sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana. "Hutang mereka sudah cukup tempoh",kata sang tuan. "Baik,Tuan",sahut si bodoh. "Tetapi wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai",jawab sang tuan.

Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya:mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para pendudu kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.

Akhirnya si bodoh berjaya menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang dia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki".

"Apa ya?" tanya si bodoh di dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. lau dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku memberikan wang ini kepada kalian",katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan menggeleng-geleng kepala. "benar-benar bodoh",keluhnya.

Waktu berlalu.Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka:perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha sang tuan tidak semulus dulu. belum lagi bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para peduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat:mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.

"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati menolongku?" tanya sang tuan.

"Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini", jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum pernah tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka".

Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah tadi bahawa kekayaan dan pengaruh baru akan sangat berguna kalau dipergunakan untuk menebar cinta kasih.

"Nama baik lebih berharga daripada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik daripada perak dan emas".


Untuk membaca lebih lanjut,klik sini

Friday, March 18, 2011

BestBloggerTemplates.Net | Great Free Templates For Blogger

BestBloggerTemplates.Net | Great Free Templates For Blogger

Wednesday, March 16, 2011

Jodoh: Mencari atau Menunggu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jodoh: Mencari atau Menunggu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, March 13, 2011

The Answer Is?

If you're askking..
If I need you?
The answer is FOREVER!

If you're asking..
If I'll leave you?
The answer is NEVER!

If you're asking..
What I value?
The answer is YOU!

If you're you're asking..
If I  Love You?
The answer is is I DO!

but but but..

If I'm asking.. 
Do you need me?
What is your answer?

but but but..

If I'm asking..
Will you leave me?
What is your answer?

but but but..

If I'm asking..
What do you valued?
What is your answer?

 but but but..

If I'm asking..
Do  you love me?
What is your answer?


Aku Hanya Mampu Bermimpi..

Saat aku mula menaip,aku baru je sampai ke Terengganu kurang lebih 15 minit yang lalu.
Abang aku yang hantarkan..Biasa lah kan..
Sekarang abang aku keseorangan memandu menghala ke Paka.
Kesian dia kan..Dah pagi pon nih..Menakutkan laa sorang sorang waktu macam nih..

Bukan pasal tuh aku mahu bicarakan di sini.
Tapi tentang 'sesuatu' yang telah hilang dan takkan aku dapat kembali..
Tentang 'apa' yang dulu nya aku pernah miliki,tapi kini tak lagi bersama ku..

Tiba tiba di pagi hari aku teringat
Aku terkenang kan
SESEORANG
yang telah meninggalkan aku untuk selamanya..
(tarikh bersemadi nya dia biar lah menjadi rahsia)
DIA lah GURU ku..
DIA lah BAPA ku..
DIA lah ABAH..

Ingatan ku kepadanya
kian menggunung
kerna aku terkilan tidak sempat menziarahi pusaranya
ketika
kepulangan ku ke kampung halaman semalam hingga ke petang tadi
Hujan lebat yang mencurah curah ke bumi
dan bagaikan enggan menoktahkan segala
membantut kan niat ku untuk ke pusara nya..
(aku amat terkilan..)

Segala kenangan yang ABAH hadiah kan
tidak akan pernah aku lupa..
Aku masih ingat..
Masa tuh aku 6 tahun,masa tuh rumah yang kami diami sekarang masih belum siap..
Kami menyewa di seberang jalan raya berhadapan SMK Chabang Empat,
Aku masih ingat,
Andai aku dan kembar aku nak ke kedai atau mana mana sahaja
yang perlu menyeberangi jalan raya..
ABAH pasti akan memimpin tangan kami berdua..
KINI tidak lagi..aku hanya mampu BERMIMPI..

Masih ku ingat..
Hampir setiap malam
Aku dan kembar ku akan dibawa ke rumah baru yang sedang dalam proses ketika itu..
ABAH bukan tukang rumah,
tapi setiap malam dia akan ke sana bersama sama kami berdua
untuk menyiap kan apa yang ter mampu pada kudrat nya..
KINI rumah kami SUNYI tanpa nya..

Masih ku ingat..
Semasa berusia 6 tahun (1996),
aku dan kembar ku disekolahkan di Taman Asuhan Kanak kanak Islam (TASKI)
Pergi dan pulang
dihantar dan dijemput oleh datuk ku (sebelah ABAH)
dengan BASIKAL TUA (digunakan dari Zaman Jepun,,tapi masih elok sehingga kini)
Tapi kadang kala
Kami berdua dijemput oleh ABAH
Pernah satu hari
ABAH menjemput kami di TASKI..
ABAH masih dengan kemeja,bertali leher..
Semuanya masih kemas
Setelah itu ABAH kembali ke sekolah nya ketika itu (SMK Dato' Biji Wangsa,Tumpat,Kelantan)
bersama sama kami berdua..
Setiba nya di sana,ABAH keluar dari kereta (mungkin ada urusan di pejabat).
Meninggalkan kami berdua di kereta.
ABAH pesan..
elok elok dalam kereta,kunci semua pintu,jangan sekali kali keluar dari kereta,jangan buka pintu selagi ABAH tak kembali ke kereta..
Betapa risau nya dia tentang keseamatan kami berdua
walhal kami di dalam kawasan sekolah nya..
KINI tiada lagi semua itu..Aku hanya mampu bermimpi untuk ke sekolah nya lagi..

Masih ku ingat..
Setiap kali ABAH ke Thailand
dia tak akan pernah lupa
membelikan kami pakaian
tidak perlu kesah akan harga nya
janji dapat dipakai..

Masih ku ingat..
Setiap kali aku diserang sakit perut
(entah apa la sakit nya)
ABAH lah yang akan setia mengurut perut ku..
KINI kalau sakit,pandai pandai lah bawa diri..

Masih ku ingat..
Semasa Darjah 4,
Aku jatuh basikal
tangan ku luka,parut nya masih ada
masih jelas kelihatan sehingga kini..
ABAH dan ma bersusah payah mencarikan keladi yang selalu digunakan untuk mengubati luka dengan cepat 
(keladi candit..org kelantan panggil macm tuh lah)
Aku menjerit jerit enggan..
kerna pikir ku,tentu lah pedih bila dititiskan air keladi tuh ke tempat luka tadi..
tapi rupa nya sangkaan ku salah..sejuk saja rupanya...

Masih ku ingat..
Masa Tingkatan 4,
Kembar ku menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh
(SBP Integrasi Kuantan)
ABAH bertungkus lumus menyediakan keperluan
maklum lah SBP nih..
Bukan nya murah
Yuran nya ponn dah mahal dari skola biasa kan..
Kesian nya dia kan.. :(
Tak sempat aku ingin membalas segala jerih perih nya.. 

Masih ku ingat..
Mei 2007
Bermula lah hidup ku sebagai pelajar matrikulasi
April 2007 aku menerima tawaran Program Satu Tahun (PST) Kolej Matrikulasi Kedah (Changlun)
Mulanya kembar aku dapat Program Dua Tahun..so aku yang mendaftar dahulu.
13 Mei 2007 (9 malam),aku menaiki bas ke Changlun
(hanya berdua dengan ABAH)
Sedih nya masa tuh untuk meninggalkan keluarga...
Tapi sedih nya kian terasa apabila tiba waktu untuk ABAH pulang ke Kelantan..
Aku masih ingat dia bicara..
"ABAH nok kelik doh ni..Ngaji molek.Dok jauh jauh ni jago diri molek la.Ado gapo gapo tepon la ko ABAH.."
Tapi KINI hanya abang yang menghantar dan menjemput ku..
(seminggu kemudian kembar aku dapat PST,di kolej yang sama)
(yang istimewa nya dia dihantar oleh ABAH menaiki kereta!aku pun sempat jumpa ABAH dan ma.ALHAMDULILLAH)

Masih segar di ingatan..
29 Jun 2009 adalah tarikh mendaftar Sem 1 bagi seluruh IPTA..
Sesi Julai 2009/2010 bermula lah kehidupan kami sebagai pelajar universiti
Aku di Universiti malaysia Terengganu (UMT)
manakala kembarku di
Universiti Teknikal Malaysia melaka (UTEM)
Kembarku dihantar oleh ABAH (menaiki bas sama seperti ku semasa matrix)
manakala aku dihantar oleh abang dan datuk (sebelah ma)
fair and square lah kan...masa matrik ABAH hantar aku dengan bas,
time kt U ABAH hantar kembar dengan bas..
KINI jangan nak berangan lah kan..ABAH hanya bersemadi dalam hati kami..

Itteww lah ABAH..
Segala gala nya sanggup dilaku kan
Dah la mengajar di sekolah dari pagi ke petang..kepenatan belum berlalu pergi,malam nya masih mengajar tuisyen,sehingga ke larut malam baru lah tiba ke rumah..kesian nya dia :'(

Sanggup meredah segala onak dan duri
Setiap kali exam penting seperti PMR dan SPM,ABAH akan menjadi pemeriksa.Di pagi hari ketika orang lain lena diulit mimpi,ABAH masih dengan pen merah nya menanda skrip jawapan.Bayaran memeriksa skrip dapat lah menampung hidup kami..Kesian nya dia :'(

demi anak anak tersayang..

KINI
semua nya sudah berlalu pergi meninggalkan kami
KINI
tiada lagi kesusahan untuk mu ABAH
DAMAI lah engkau di sana
BERSEMADI lah dengan tenang
tiada lagi KEPENATAN untuk mu ABAH

KINI
Aku hanya mampu menatap potret mu..
dalam dompet ku

Aku hanya mampu membelek buku buku mu..
ada di Terengganu bersama ku: 1 buku Fizik dan 1 buku Matematik Tambahan yang pernah engkau gunakan untuk mendidik anak bangsa

Aku hanya mampu membayangkan engkau memakai BAJU MELAYU UNGU untuk ke masjid
BAJU MELAYU UNGU yang selalu engkau pakai untuk ke masjid setiap malam ada bersama ku di Terengganu sekarang

Aku hanya mampu membayangkan engkau bersiap siap dengan kemas di pagi hari  untuk mendidik anak bangsa..
TAG nama mu ada bersamaku di Terengganu sekarang..Tiada lagi CIKGU RAZALI ku..

Andai nya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan..


SAYANG ABAH..MAAFKAN AKU TIDAK MAMPU MENJADI ANAK YANG BAIK :(



















Saturday, March 12, 2011

http://twinarinakhairibemyself.blogspot.com/

http://twinarinakhairibemyself.blogspot.com/

Answer here

Monday, March 7, 2011

Layak kah Kita Semua?

*untuk renungan diri ku sendiri,teman teman dan para pembaca di luar sana*

Layak kah kita..
MENILAI orang lain
sebelum MENILAI diri sendiri?

Layak kah kita..
MENGATA orang lain
sedangkan kita sendiri pun tak pernah lari dari KESILAPAN?

Layak kah kita..
Mengharapkan orang lain BERUBAH
sedangkan diri sendiri tak pernah mencuba untuk BERUBAH?

Layak kah kita..
berlagak bagaikan TAHU segala
sedangkan apa yang diucapkan FITNAH belaka?

Layak kah kita..
MERUNTUHkan ego seseorang
sedangkan ego sendiri TINGGI MELANGIT?

Layak kah kita..
mengatakan HATI seseorang itu BUSUK
bagaikan HATI KITA terlalu WANGI lagaknya?

Layak kah kita..
mengatakan HATI seseorang itu HITAM
bagaikan HATI KITA teramat PUTIH..SUCI BERSIH?

Layak kah kita..
menjadi JURI yang ADIL menilai segalanya
sedangkan ALLAH itu MAHA ADIL?

Friday, March 4, 2011

Tensen haih!

Sudah agak lama guwa tak update belog nih..
tetiba pagi yang tak berapa nak aman nih
rasa nk update
mimpi ape ntah
nak lepaskan ke tensenan  nih sebenornye...
memang sangat tensen

cite nye pasal semalam laa
03 mac 2011
skg kan dah masuk 04 mac

ade minah 4 org umah gua
selain gua laa
lg 2 org hosmet gua pi  KL
ade trip 
then tggl la lagi 4 ekor orang tuh..

gua tak kesah la kan
hosmet aku berdua tuu g  KL
bkn gua suke dorg xde
tp xkn gua nk ikut skali p KL
sedangkan dorg p under class

bila dorg takde
rase mcm satu kehilangan
pasal gua akan jadi pendiam sediam diam nyeh
takde rase nk borak ngn 4 ekor tuh pon laaa!!!
menyakitkan hati pedal jeh!

semalam
gua ade kls kol 2-5 ptg
ok la kan ade kls dr dok umah mengadap manusia manusia takde perasaan

semalam pulak ari khamis
so gua sengaja terus g pasar mlm lepas kls tamat
sje g lama lama
rase xmo balik umah pon ade

balik balik je
ape yg gua perasan la
ade sorang kawan dorg 
dtg untuk ape tah
wat esaimen ke?
wat keje lain ke?
menyemak je lah!
benci rasean
mungkin ade yg tak paham kan nape gua tak suke
lupakan duluh

malam tuh
ade lg 2 org datang
amboi amboi!!!
cik minah!
datang siap bawak bantal uh!
ape lu ingat rumah gua ni hotel???
suke suke ati datang
then bising bising
memekak macam nak pecah rumah~!
klo tak bising gua tak kesah pon laa...

gua nak buat esaimen pon takde mood
dah la banyak lagi tak siap nih
nak buat hape nye dlm keadaan bising gila
memang gila lah
bodo natang

dah agak tak taw nak buat hape
gua mesej kak asma je
release tension

lepas tuh gua gi mandi
kuar bilik air
tgok minah minah yang sangat bajet tuh
tgh buat karipap
konon sedap la tuh?
buat karipap tuh pkai mulut agaknye
bukan pakai tangan
mulut tak henti henti  bercakap
menjerit jerit lagaknya
macam syiaallll je perangaiii!

gua yang hangin teramat
dengan rasa geram dan menyampah tahap dewa
gua pasang lagu kuat2
vol agak agak
80%
tp takde respon jugak
memang takde perasaan lah kan?

lepas tuh gua cuci mtor
tp lagu still terpasang
sengaja gua taknak matikan
ajar sket orang orang tak reti bahasa!

dah siap cuci mtor
pon
x siap2 lagi karipap nye?
gua nengok ta banyak pon
tp x siap siap jugak
maklum lah buat dengan mulut
sakit nye  telinga gua mendengornye

setengah jam tadi
dorang siap siap bentang toto
untuk tido
siap matikan lampu tuh
buta ke?
tak nampak aku tengah wat keje?

ms dorg baring baring nak tdo pon
lagu gua still terpasang
takkan gua matikan
selagi gua tak tdo
lantak lah lu xleh tido ke 
nk ape ke
lu bising bising lagi sakit telinga gua taw tak?!