Cuba letakkan diri anda dalam situasi ini
Situasi :
Anda (A) telah berkenalan dengan seorang lelaki (K)
dan telah menjalinkan hubungan percintaan selama lebih dari EMPAT TAHUN.
SEBULAN yang lepas,
K menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan A pada JANUARI 2012 yang bakal menjelma tidak lama lagi.
A menolak dengan baik atas alasan pertunangan itu tidak penting. Pernikahan yang perlu diutamakan. Dan A & K berkonflik disebabkan hal ini.
DUA MINGGU lepas,
K ke luar negara atas tuntutan kerja
SEMALAM
A menerima pesanan ringkas daripada K,
menyatakan bahawa dia akan bertunang dengan perempuan lain PILIHAN KELUARGAnya.
Alasannya, A menolak dirinya. Sedangkan yang sebenarnya A hanya menolak pertunangan itu. BUKAN bermaksud menolak dirinya..
* Seandainya anda adalah A, apakah yang anda rasa di saat membaca pesanan ringkas daripada K? *
kepada K,
SELAMAT BERTUNANG
dan
SEMOGA BERBAHAGIA selalu.
terima kasih sayang :D