Pages

Monday, December 20, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE a.k.a. KEK COKLAT LEMBAP

...NyuM nYuM Nyum...
Sadap nyem kek ni.My peberet cake neh..So yumMY...YummyliciOus.I,I,I Like It!(ala2 EnriQue IgLesias nyanyi..hOhO=)
Dalam keboringan percutian aku ,bOle la aku terai2 wUat kek cOkLat mOist neh.X penah try lg setakat ni..kek yg bukan (BUKAN a.k.a NON) coklat aku gheti la...
Sapa2 mau terai jugak?Resepi ade kat cni.Senang je..

Bahan-bahan (Makan ramai2):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur
  • 2 cawan susu coklat (dalam kotak atau botol)
  • Esen vanila
  • Topping (coklat masakan,1 sudu mentega,1/2 cawan susu coklat)

Cara-cara Membuat:
1.Campurkan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak tinggi.
2.Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.Kemudian masukkan telur satu-persatu.Pukul sehingga sebati.
3.Kemudian,masukkan susu coklat.Pukul sehingga sebati.
4.Masukkan esen vanila.
5.Masukkan tepung.Kacau adunan sehingga sebati.
6.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapisi  dilapisi kertas minyak /disapu mentega.
7.Bakar 180 darjah C selama 45 minit.

Topping:
*Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk.
*Masak secara double boiler.
*Setelah cair,perlahankan api.
*Biarkan sejuk sedikit dan hiaskan di atas kek.