Pages

Tuesday, August 30, 2011

:: Selamat Hari Raya ::


30 Ogos 2011, Ahlan Wasahlan ya Syawal
Hari kemenangan umat Islam sedunia
setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan..

Orang lain bergembira beraya bersama sama keluarga tercinta
tapi gua pula sebaliknya
Macam takda maknanya raya tahun ni
Pasal apa?
Pasal tak semua adik beradik gua beraya kat sini

Tiga orang adik gua PLUS ma beraya kat Kuala Krai
umah atuk gua..
Kat umah ni tinggal 6 orang ja lagi
gua,kembar gua,dua orang adik,dua orang abang
tak lengkap satu keluarga tahun ni
Macam mana nak ada mood beraya weeehhhh!!!

Gua rasa kosong ja pagi ni
Makan pon tak selera,,adeih
tak besh la raya camni
sana separuh sana separuh
tulun gua!! nak meroyan rasa :P
tapi apakan daya,, terima aje lah keadaan ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 shuh shuhhh perasaan sedih

gua cuba hepi hepi siket

sementara menunggu semua orang bersiap untuk semayang raya
gua buat buat bizi
menyusun atur balang kuih muih,,kek dan kerepek yang berbagai jenis dan rasa

tahun ni apa yang gua buat dan apa yang gua beli?
gua buat 7 jenis biskut
plus plus 2 jenis kek sahaja

kerepek kerepek semua beli
tak daya nak buat semua

pastu ma gua buat ketupat..

kat bawah ni apa yang dibuat sendiri..


tart strawberi..abaikan bentuk yang kurang cantik..tu sebab bskut ni terlalu gebu,terlebih tepung jagung,jadi macam pecah-pecah sikit..

biskut arab,,biskut kesukaan gua
biskut kacang hijau.. takda bentuk lain,,sebat aja lah bentuk bunga ponn..

biskut 'snow almond'..biskut ni paling susah nak buat..macam macam hal..hangin ja gua :P

ni semperit alaf baru..wuahahaa..gua pakai warna biru sebab sayang plak pewarna biru taktaw nk pakai bila..membazir ja kalau tak pakai..lantak lah pelik sikit pon

last sekali gua buat tart nenas..

dan kat bawah ni ada dua jenis kek sahaja yang gua sempat buat..


kek coklat lembab (moist chocolate cake)

kek buah campur (mixed fruitcake)

dua dua kek ni gua kukus ja..

gua melantak ja tak kira apa rasa apa bentuk kek dan kuih ni..haha

*SELAMAT HARI RAYA SEMUA*