Pages

Sunday, May 15, 2011

Oh ABAH ! Oh GURUku !


Oh !
Aku hampir terlupa...
Rupanya esok bukan hari ISNIN yang biasa..

Aku hampir terlupa lagi..
Esok HARI GURU rupanya !

Masakan aku tidak terlupa..
kerna hari ini tidak seperti tahun tahun sebelumnya lagi..

Kalo dulu..
ABAH pasti membawa pulang hadiah dari anak anak didik yang dikasihi..
hadiah yang agak banyak
tapi kebiasaanya ABAH tidak pernah membuka bungkusan hadiah yang diterima
ABAH hanya akan membawa pulang hadiah untuk dibuka oleh adik adik ku..
namun segala kenangan itu tetap tersimpan rapi..


Oh ABAH !
Tiada lagi CIKGU RAZALI ku........
[apa apa pon, SELAMAT HARI GURU untuk ABAH dan semua GURU di luar sana...]


``khas untuk para guru di luar sana``
 A-B-C dan alif-ba-ta
SATU DUA TIGA dan EMPAT
selalu cikgu ajar kita
ditubi tubi sampai dapat

SATU DUA TIGA EMPAT
LIMA ENAM TUJUH LAPAN
ditubi tubi sampai dapat
bila dapat maju ke depan

LIMA ENAM TUJUH DELAPAN
rajin belajar cepat maju
bila dapat maju ke depan
TERIMA KASIH BANYAK, CIKGU !

betik masak lebat di pangkal
penuh kapal bawa bel;ayar
baik budi panjang akal
hormat guru tekun belajar

manis rasanya buah delima
masak sebiji di celah daun
budi guru saya terima
jadi kenangan bertahun tahun

pohon palma tegak berdiri
 ditanam mari tepi bangunan
ilmu di dunia terus dicari
jasa guru dilupa jangan

waktu malam mencincang halia
masak cencaru berserai wangi
muris silam patuh setia
hormat guru serta disayangi

pergi memburu ke hutan lama
dapat rusa di waktu pagi
kalau ilmu ku dapat sama
usaha guru ku sanjung tinggi

pakai baju warna biru
pergi ke sekolah pukul satu
murid sentiasa hormatkan guru
kerana guru pembekal ilmu

orang haji dari Jeddah
buah kurma berlambak lambak
pekerjaan guru bukanlah mudah
bagai kerja menolak ombak


p/s:
kepada...
+ cikgu cikgu dan ustazah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM (1995)
-cikgu cikgu, ustazah ustazah dan ustaz ustaz sekolah rendah (akademik dan Fardhu Ain) (1996-2001)
+cikgu cikgu, teacher, ustaz ustaz dan ustazah ustazah sekolah menengah (2002-2006)
-pensyarah pensyarah dan mentor Kolej Matrikulasi Kedah (2007-2008)
+pensyarah pensyarah,felo akademik dan penasihat akademik Universiti Malaysia Terengganu (2008-kini)
~~~SELAMAT HARI GURU~~~