Pages

Sunday, March 13, 2011

Aku Hanya Mampu Bermimpi..

Saat aku mula menaip,aku baru je sampai ke Terengganu kurang lebih 15 minit yang lalu.
Abang aku yang hantarkan..Biasa lah kan..
Sekarang abang aku keseorangan memandu menghala ke Paka.
Kesian dia kan..Dah pagi pon nih..Menakutkan laa sorang sorang waktu macam nih..

Bukan pasal tuh aku mahu bicarakan di sini.
Tapi tentang 'sesuatu' yang telah hilang dan takkan aku dapat kembali..
Tentang 'apa' yang dulu nya aku pernah miliki,tapi kini tak lagi bersama ku..

Tiba tiba di pagi hari aku teringat
Aku terkenang kan
SESEORANG
yang telah meninggalkan aku untuk selamanya..
(tarikh bersemadi nya dia biar lah menjadi rahsia)
DIA lah GURU ku..
DIA lah BAPA ku..
DIA lah ABAH..

Ingatan ku kepadanya
kian menggunung
kerna aku terkilan tidak sempat menziarahi pusaranya
ketika
kepulangan ku ke kampung halaman semalam hingga ke petang tadi
Hujan lebat yang mencurah curah ke bumi
dan bagaikan enggan menoktahkan segala
membantut kan niat ku untuk ke pusara nya..
(aku amat terkilan..)

Segala kenangan yang ABAH hadiah kan
tidak akan pernah aku lupa..
Aku masih ingat..
Masa tuh aku 6 tahun,masa tuh rumah yang kami diami sekarang masih belum siap..
Kami menyewa di seberang jalan raya berhadapan SMK Chabang Empat,
Aku masih ingat,
Andai aku dan kembar aku nak ke kedai atau mana mana sahaja
yang perlu menyeberangi jalan raya..
ABAH pasti akan memimpin tangan kami berdua..
KINI tidak lagi..aku hanya mampu BERMIMPI..

Masih ku ingat..
Hampir setiap malam
Aku dan kembar ku akan dibawa ke rumah baru yang sedang dalam proses ketika itu..
ABAH bukan tukang rumah,
tapi setiap malam dia akan ke sana bersama sama kami berdua
untuk menyiap kan apa yang ter mampu pada kudrat nya..
KINI rumah kami SUNYI tanpa nya..

Masih ku ingat..
Semasa berusia 6 tahun (1996),
aku dan kembar ku disekolahkan di Taman Asuhan Kanak kanak Islam (TASKI)
Pergi dan pulang
dihantar dan dijemput oleh datuk ku (sebelah ABAH)
dengan BASIKAL TUA (digunakan dari Zaman Jepun,,tapi masih elok sehingga kini)
Tapi kadang kala
Kami berdua dijemput oleh ABAH
Pernah satu hari
ABAH menjemput kami di TASKI..
ABAH masih dengan kemeja,bertali leher..
Semuanya masih kemas
Setelah itu ABAH kembali ke sekolah nya ketika itu (SMK Dato' Biji Wangsa,Tumpat,Kelantan)
bersama sama kami berdua..
Setiba nya di sana,ABAH keluar dari kereta (mungkin ada urusan di pejabat).
Meninggalkan kami berdua di kereta.
ABAH pesan..
elok elok dalam kereta,kunci semua pintu,jangan sekali kali keluar dari kereta,jangan buka pintu selagi ABAH tak kembali ke kereta..
Betapa risau nya dia tentang keseamatan kami berdua
walhal kami di dalam kawasan sekolah nya..
KINI tiada lagi semua itu..Aku hanya mampu bermimpi untuk ke sekolah nya lagi..

Masih ku ingat..
Setiap kali ABAH ke Thailand
dia tak akan pernah lupa
membelikan kami pakaian
tidak perlu kesah akan harga nya
janji dapat dipakai..

Masih ku ingat..
Setiap kali aku diserang sakit perut
(entah apa la sakit nya)
ABAH lah yang akan setia mengurut perut ku..
KINI kalau sakit,pandai pandai lah bawa diri..

Masih ku ingat..
Semasa Darjah 4,
Aku jatuh basikal
tangan ku luka,parut nya masih ada
masih jelas kelihatan sehingga kini..
ABAH dan ma bersusah payah mencarikan keladi yang selalu digunakan untuk mengubati luka dengan cepat 
(keladi candit..org kelantan panggil macm tuh lah)
Aku menjerit jerit enggan..
kerna pikir ku,tentu lah pedih bila dititiskan air keladi tuh ke tempat luka tadi..
tapi rupa nya sangkaan ku salah..sejuk saja rupanya...

Masih ku ingat..
Masa Tingkatan 4,
Kembar ku menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh
(SBP Integrasi Kuantan)
ABAH bertungkus lumus menyediakan keperluan
maklum lah SBP nih..
Bukan nya murah
Yuran nya ponn dah mahal dari skola biasa kan..
Kesian nya dia kan.. :(
Tak sempat aku ingin membalas segala jerih perih nya.. 

Masih ku ingat..
Mei 2007
Bermula lah hidup ku sebagai pelajar matrikulasi
April 2007 aku menerima tawaran Program Satu Tahun (PST) Kolej Matrikulasi Kedah (Changlun)
Mulanya kembar aku dapat Program Dua Tahun..so aku yang mendaftar dahulu.
13 Mei 2007 (9 malam),aku menaiki bas ke Changlun
(hanya berdua dengan ABAH)
Sedih nya masa tuh untuk meninggalkan keluarga...
Tapi sedih nya kian terasa apabila tiba waktu untuk ABAH pulang ke Kelantan..
Aku masih ingat dia bicara..
"ABAH nok kelik doh ni..Ngaji molek.Dok jauh jauh ni jago diri molek la.Ado gapo gapo tepon la ko ABAH.."
Tapi KINI hanya abang yang menghantar dan menjemput ku..
(seminggu kemudian kembar aku dapat PST,di kolej yang sama)
(yang istimewa nya dia dihantar oleh ABAH menaiki kereta!aku pun sempat jumpa ABAH dan ma.ALHAMDULILLAH)

Masih segar di ingatan..
29 Jun 2009 adalah tarikh mendaftar Sem 1 bagi seluruh IPTA..
Sesi Julai 2009/2010 bermula lah kehidupan kami sebagai pelajar universiti
Aku di Universiti malaysia Terengganu (UMT)
manakala kembarku di
Universiti Teknikal Malaysia melaka (UTEM)
Kembarku dihantar oleh ABAH (menaiki bas sama seperti ku semasa matrix)
manakala aku dihantar oleh abang dan datuk (sebelah ma)
fair and square lah kan...masa matrik ABAH hantar aku dengan bas,
time kt U ABAH hantar kembar dengan bas..
KINI jangan nak berangan lah kan..ABAH hanya bersemadi dalam hati kami..

Itteww lah ABAH..
Segala gala nya sanggup dilaku kan
Dah la mengajar di sekolah dari pagi ke petang..kepenatan belum berlalu pergi,malam nya masih mengajar tuisyen,sehingga ke larut malam baru lah tiba ke rumah..kesian nya dia :'(

Sanggup meredah segala onak dan duri
Setiap kali exam penting seperti PMR dan SPM,ABAH akan menjadi pemeriksa.Di pagi hari ketika orang lain lena diulit mimpi,ABAH masih dengan pen merah nya menanda skrip jawapan.Bayaran memeriksa skrip dapat lah menampung hidup kami..Kesian nya dia :'(

demi anak anak tersayang..

KINI
semua nya sudah berlalu pergi meninggalkan kami
KINI
tiada lagi kesusahan untuk mu ABAH
DAMAI lah engkau di sana
BERSEMADI lah dengan tenang
tiada lagi KEPENATAN untuk mu ABAH

KINI
Aku hanya mampu menatap potret mu..
dalam dompet ku

Aku hanya mampu membelek buku buku mu..
ada di Terengganu bersama ku: 1 buku Fizik dan 1 buku Matematik Tambahan yang pernah engkau gunakan untuk mendidik anak bangsa

Aku hanya mampu membayangkan engkau memakai BAJU MELAYU UNGU untuk ke masjid
BAJU MELAYU UNGU yang selalu engkau pakai untuk ke masjid setiap malam ada bersama ku di Terengganu sekarang

Aku hanya mampu membayangkan engkau bersiap siap dengan kemas di pagi hari  untuk mendidik anak bangsa..
TAG nama mu ada bersamaku di Terengganu sekarang..Tiada lagi CIKGU RAZALI ku..

Andai nya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan..


SAYANG ABAH..MAAFKAN AKU TIDAK MAMPU MENJADI ANAK YANG BAIK :(



















0 comments: