Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia Mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal-begitu dungu, hingga orang-orang menyebutnya si bodoh.
Suatu hari sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana. "Hutang mereka sudah cukup tempoh",kata sang tuan. "Baik,Tuan",sahut si bodoh. "Tetapi wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai",jawab sang tuan.
Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya:mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para pendudu kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.
Akhirnya si bodoh berjaya menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang dia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki".
"Apa ya?" tanya si bodoh di dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. lau dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku memberikan wang ini kepada kalian",katanya.
Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan menggeleng-geleng kepala. "benar-benar bodoh",keluhnya.
Waktu berlalu.Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka:perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha sang tuan tidak semulus dulu. belum lagi bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para peduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat:mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.
"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati menolongku?" tanya sang tuan.
"Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini", jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum pernah tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka".
Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah tadi bahawa kekayaan dan pengaruh baru akan sangat berguna kalau dipergunakan untuk menebar cinta kasih.
"Nama baik lebih berharga daripada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik daripada perak dan emas".
Dipetik dari Kisah Teladan:Membeli Cinta
Untuk membaca lebih lanjut,klik sini
0 comments:
Post a Comment